Saya meminati seorang penulis ,meminati dalam erti kata mengagumi beliau kerana sahsiah beliau itu sendiri.Beliau menyampaikan dakwah dengan penuh kasih-sayang,boleh dikatakan beliau mengamalkan setiap apa yang beliau katakan itulah yang menjadikan saya sangat bangga dengannya,kesantunannya menarik hati saya untuk bersilaturrahim dengannya,suatu hari atas saranan student, saya membaca salah satu daripada novelnya
( sebelum saya mengenalinnya) usai membacanya ternyata ianya luar biasa,saya begitu cemburu dengan watak didalam novel itu,karyanya membantu saya untuk menjadi lebih baik.Dia amat sempurna dimata saya, tulisannya menggambarkan peribadinnya walaupun saya belum pernah berjumpa dengannya.Saya mendapatkan maklumat mengenai insan yang saya kagumi melalui sahabat yang pernah bersamanya sewaktu di UIA.Siang malam saya selalu dibayangi alangkah indahnya jika saya dapat menjadi sepertinya,suatu hari saya bertanya kepada teman saya,bolehkah saya menjadi sepertinya,jawab teman yang baik hati “enti tidak boleh jadi dia,tapi enti boleh ambil semangat dia,enti terapkan akhlak seperti dia dalam diri enti, insyaallah,kita tetap diri kita” saya amat bersetuju dengan kata-kata teman saya itu.Seseorang itu tidak boleh menjadi orang lain,namun dia boleh mencontohi orang lain,kerana tiada yang lebih sempurna melainkan Allah, dan Rasulullah contoh terbaik, dan Kak Fatimah cuba mencontohi akhlak Rasulullah.
Pada Disember 2010 saat yang tidak mungkin saya lupakan kali pertama bertentang mata dengan insan kesayangan ramai ini, masjid putrajaya menjadi lokasi pertama pertemuan kami.
Kesimpulannya tidak salah meminati seseorang namun perlu menjaga batasan kerana dibimbangi cinta terhadap manusia melebihi cinta kita kepada yang mencipta Allah s.w.t.. letakkan cinta Allah ditempat yang pertama, diikuti cinta terhadap Rasulullah, diikuti ibubapa dan seterusnya. Sekian .Wallahu’alam
 |
| Da’ie kesayangan mad’u ( ukhti fillah Fatimah Syarha Bt Nordin |
Dicoret oleh Pencari Damai Abadi @ 01:42