ahlan bikum


Hanis Ramli
dilahirkan pada 16 April 1987 di negeri tadahan wahyu; Kelantan
kini bertugas sebagai guru diniyyah di Sekolah Islam Ar-Razi Meru
pelawat
hit counter
jumlah pelawat

blog kegemaran
musyawarah
kalam minni


ayuh baca karya
cerita dari bilik darjah
hubungi penulis
Kisah dari bilik darjah Tuesday, 1 April 2014




25.5.2013 ( Khamis ) 10.00 pagi ,dikelas 1 Bijak.
 Kedengaran bunyi loceng  menandakan sudah tiba waktu rehat,semua murid keluar dari  kelas untuk  ke kantin , sehingga ada yang tidak sempat menutup buku yang digunakan untuk subjek tadi, namun kulihat dia lambat keluar,aku kehairanan,kebiasaannya murid-murid pantang dengar bunyi loceng rehat pasti tak sabar nak ke kantin,rupa-rupanya..aku melihat dia sedang menyusun buku untuk subjek selepas rehat nanti,buku itu disusun mengikut kategorinya,buku teks,buku tulis diletak berasingan.
Subhanallah,tiba-tiba ku teringat kisah Imam Shafie yang cintakan ilmu,beliau amat mengkagumi imam Malik dan bercita-cita untuk berguru dengan Imam Malik,sebelum berguru dengan imam Malik beliau telah menghafaz dan memahami  seluruh isi kitab muwatta’ hasil karya Imam Malik,inilah kesungguhan Imam Shafie yang wajar dicontohi ,kerana kesungguhannya telah menjadikannya seorang Imam Mazhab disegani.
Kesimpulannya,apa yang ingin kunyatakan di sini adalah kesungguhan murid tadi untuk belajar, tindakannya itu kelihatan kecil namun impaknya sangat besar,sebagai guru ku mendoakan agar dia berjaya.amin
Pesananku buat adik-adik yang masih belajar,persiapkan diri sebelum belajar, jika kita tak mampu nak lakukan sebagaimana Imam Shafie lakukan , cukuplah kita buat sebagaimana adik kecil tadi buat. Yang Allah pandang adalah usaha bukanlah hasilnya..selamat menuntut ilmu. Ingat janji Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11. Wallahua’llam.


Dicoret oleh Pencari Damai Abadi @ 06:53