Disebut oleh Para ulama’ dalam kitab Tasawwuf Nafsu itu ada 7 Peringkat
1.Nafsu Amarah – Yang menyuruh kepada Kejahatan
2. Nafsu Lawwamah – Suka mencela diri sendiri , tetapi mengulangi lagi kesilapan tersebut.
3. Nafsu Mulhimah- Sentiasa mendorong melakukan kebaikan,dengan mujahadah yang bersungguh – sungguh.
4.Nafsu Mutmainnah – Nafsu yang tenang dan mendapat rahmat Allah melalui hasil latihan zikir dsb.
5.Nafsu Rodhiah – Yang memiliki semua sifat mahmudah
6.Nafsu Mardhiah – Nafsu yang di Redhai Allah, jiwa sebati mengingati Allah
7.Nafsu Kamilah – Segala perbuatan benar2 mengikut garis panduan yang diredai Allah.Cintanya hanya kepada Allah.
Iman Al-Ghazali menyebut dalam kitabnya “ Minhajul A’bidin “ bahawa penghalang ibadat ada empat iaitu
1. Dunia dan seisinya
2. Makhluk tuhan
3. Syaitan
4. Hawa nafsu
Teryata nafsu yang bersarang dalam kita amat berkuasa untuk menjauhkan diri kita daripada Allah S.W.T. Ia tidak sama dengan musuh yang 3 tadi yang boleh kita hindari kerana nafsu berada dalam diri kita .
Bagaimana kita nak mengindari nafsu, sudah tentu tidak boleh kerana nafsu merupakan penggerak manusia namun ada jalan yang boleh kita ambil agar nafsu tidak menguasai diri kita .
1. Didik dan beri pengajaran dengan harapan dapat melakukan pekerjaan yang baik.
2. Lemahkan dan tahan diri agar tidak terus –menerus menguasai kita.
Nafsu mesti dilawan dengan taqwa,dan kebaikan. Dalam kitab Minhajul A’bidin menyebut untuk mengalahkan nafsu terdapat 3 cara iaitu,
1. Mengekang keinginan kerana binatang yang ganas akan lemah apabila dikurangkan pemakannya. Kita lihat sahaja Baginda Rasulullah mengamalkan berpuasa, kerana nafsu akan lemah, sebab itu Rasulullah berpesan kepada supaya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
2. Dibebani dengan pelbagai ibadat kerana Keldai pun jika ditambah bebannya akan tunduk dan menurut sahaja
3. Berdoa dan menurut sahaja.
Apabila nafsu dapat kita tundukkan maka iman kita akan selamat, kerana kita mengalahkan nafsu dan menggantikannya dengan taqwa, tiada apa yang lebih bernilai melainkan taqwa kepada Allah. Keimanan yang teguh menjanjikan pengakhiran yang baik dan balasan yang baik daripada Allah..Ibrahim Bin Adham memberi kita petua untuk menjadi orang yang soleh,
1. Tutuplah pintu kesenangan dan bukalah pintu kesengsaraan
2. Tutuplah pintu kesombongan dan bukalah pintu kerendahan.
3. Tutuplah pintu bersantai dan bukalah pintu perjuangan.
4. Tutuplah pintu tidur dan bukalah pintu terjaga
5. Tutuplah pintu kekayaan dan bukalah pintu kemiskinan
6. Tutuplah pintu harapan dan bukalah pintu persiapan menghadapi kematian.
Iman manusia sifatnya turun naik, jadi kita haruslah mengambil tindakan segera apabila kita mendapati ada tanda-tanda futur dalam diri kita. Antara langkah yang boleh kita ambil selain petua yang di beri oleh Ibrahim Bin Adham tadi ialah
1. Banyakkan berdamping dengan al-Quran
2. Banyakkan bersama dengan orang-orang soleh dan baik2
3. Lazimi majlis ilmu
4. Dan jadikan syurga itu sebagai inspirasi kita dalam mengejar cinta Allah.
5. Jangan lupa berdoa, kerana doa itu senjata orang mukmin.

Sumber rujukan
1. Minhajul A’bidin – Imam Al-Ghazali
2. Majalah Fardu Ain Edisi Perdana
3. Huraian Ihsan Dan Ilmu Tasawwuf- Ustaz Shamsul
Dicoret oleh Pencari Damai Abadi @ 01:27