|
ahlan bikum
  
Hanis Ramli dilahirkan pada 16 April 1987 di negeri tadahan wahyu; Kelantan kini bertugas sebagai guru diniyyah di Sekolah Islam Ar-Razi Meru
pelawat
blog kegemaran
musyawarah
kalam minni
|
|
Mencari Solehah Tuesday, 1 April 2014
Salam ukhuwwah buat semua pembaca yang dikasihi kerana Allah,semoga semua berada dalam keadaan sihat dan terpelihara iman, insya-Allah.
Kali ini ana ingin berkongsi satu topik yang insya-Allah menarik untuk kita bincangkan bersama, sebelum tu ayuh kita telusuri makna satu hadis Rasulullah s.a.w
"الدُّنْيَا مَتَاعٌ ,وَخَيرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ "
Maksudnya : “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”
( Riwayat muslim )
Hadis di atas menjadi asas kepada perbincangan kita iaitu berkaitan wanita solehah,dalam hadis di atas menyatakan bahawa wanita adalah perhiasan ada ulama yang menterjemahkan sebagai kesenangan, bertuahnya kita menjadi seorang wanita.
Para wanita yang dikasihi kerana Allah,kriteria wanita solehah yang paling utama semestinya memiliki akidah yang sahih,keyakinan kepada kuasa Allah mesti kuat,doa menjadi senjata utama,segala kesulitan semuanya dihadapi iman yang kuat dan mengharapkan pertolongan Allah.
Yang kedua seorang wanita yang solehah ibadahnya mesti mantap,sebab ibadah inilah jalan menuju Allah, selain daraipada menunaikan rukun islam yang lima seorang wanita yang solehah akan memastikan setiap detik berada dalam suasana ibadah,jika sedang bekerja niatkan kerana Allah,jika sedang memasak niat mencari reda Allah,pendek kata apa sahaja yang dilakukan disandarkan kepada Allah.Firman Allah dalam surah An-Nisa’ yang bermaksud
“Wanita yang solehah itu ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada,kerana Allah akan memelihara (mereka)"
(Surah an-Nisa’:34)
Yang ketiga,akhlak ,seorang wanita yang solehah mestilah mempunyai akhlak yang baik,yang mencontohi akhlak Rasulullah,banyak kepincangan yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan akhlak,kita tidak mahu islam yang indah ini tercemar kerana kita tidak mempamerkan akhlak yang baik, utamakan akhlak dan bermuamalat pada zaman Rasulullah dulu , ramai yang terpikat dengan islam disebabkan akhlak baginda yang mulia.
Bagi wanita yang sudah berkahwin pula dia akan taat kepada suami,menjaga nama baik suami ketika suaminya tiada dan menjaga harta benda suaminya.Seorang isteri yang solehah juga akan menjadi penyejuk mata suami.
Kesimpulannya untuk menjadi wanita yang solehah bukanlah mudah dan tidaklah susah yang penting kita berusaha,Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang,Allah ingin melihat usaha kita hasilnya hanya Allah sahaja yang layak menilai,akhir kalam teruskan usaha mencari Solehah,sekian Wallahu’alam.
Dicoret oleh Pencari Damai Abadi @ 06:59
|
|