ahlan bikum


Hanis Ramli
dilahirkan pada 16 April 1987 di negeri tadahan wahyu; Kelantan
kini bertugas sebagai guru diniyyah di Sekolah Islam Ar-Razi Meru
pelawat
hit counter
jumlah pelawat

blog kegemaran
musyawarah
kalam minni


ayuh baca karya
cerita dari bilik darjah
hubungi penulis
Novel Jiddiyah Friday, 29 December 2017

Alhamdulillah syukur yang dinanti kini tiba. Buku sulung bakal terbit tak lama lagi
Novel inspirasi remaja Jiddiyah karya pertama Hanis Ramli.


Dicoret oleh Pencari Damai Abadi @ 23:02

Sapaan desa Sunday, 1 March 2015

Mengambil keputusan balik kampung merupakan satu perkara yang sangat berat, setelah hampir 7 tahun menjadi penghuni kota,desa kini menjadi duniaku,walaupun didesa ini tempatku membesar namun untuk melalui 24 jam sehari tanpa bekerja adalah sesuatu yang menjanggalkan, hidup tanpa pendapatan sendiri sangat sukar untuk dilalui,namun kehidupan disini perlu dibiasakan hanya kerana matlamatku hanya satu,ya ,hanya satu membimbing adik bongsu untuk menghadapi uspr,ku tahu itu bukan tugas senang tapi ia adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Moga Allah merestui .amin...


Dicoret oleh Pencari Damai Abadi @ 23:14

Pendakwah tu apa? Tuesday, 15 April 2014

Hari ini saya mengajar sirah tahun 4 bijak dan 4 bestari, tajuknya "dakwah secara sulit " sebelum memulakan sesi pembelajaran saya tanya mereka "siapa ayah dia kerja sebagai pendakwah " dalam kelas 4 bijak tiada yang angkat tangan , dikelas 4 bestari ada seorang yang mengangkat tangan , saya bertanya bagi mendapatkan kepastian" ayah kamu pendakwah kat mana ?" dia pun menyebut nama masjid tempat ayahnya ceramah . Namun satu pertanyaan yang sama daripada kedua-dua kelas ni..ustazah pendakwah tu  apa, saya cuba menjelaskan kepada mereka dalam bahasa yang mudah bahawa pendakwah adalah orang yang menyuruh orang lain buat baik, saya juga menjelaskan kepada mereka mengenai pendakwah bebas, dan manusia semuanya pendakwah,

       Apa yang cuba nak saya sampaikan adalah kemesraan anak-anak kita dengan kalimah "pendakwa" jika mereka tak tahu pendakwah tu apa macam mana mereka nak memasang cita-cita nak jadi pendakwah..inilah peranan orang dewasa dalam membantu anak-anak membentuk cita-cita mereka.
setiap kita adalah pendakwah.


Dicoret oleh Pencari Damai Abadi @ 01:52

Cinta Mad'u

              Saya meminati seorang penulis ,meminati dalam erti kata mengagumi beliau kerana sahsiah beliau itu sendiri.Beliau menyampaikan dakwah  dengan penuh kasih-sayang,boleh dikatakan beliau mengamalkan setiap apa yang beliau katakan itulah yang menjadikan saya sangat bangga dengannya,kesantunannya menarik hati saya untuk bersilaturrahim dengannya,suatu hari atas saranan student, saya membaca salah satu daripada novelnya

( sebelum saya mengenalinnya) usai membacanya ternyata ianya luar biasa,saya begitu cemburu dengan watak didalam novel itu,karyanya membantu saya untuk menjadi lebih baik.Dia amat sempurna dimata saya, tulisannya menggambarkan peribadinnya walaupun saya belum pernah berjumpa dengannya.Saya mendapatkan maklumat mengenai insan yang saya kagumi melalui sahabat yang pernah bersamanya sewaktu di UIA.Siang malam saya selalu dibayangi alangkah indahnya jika saya dapat menjadi sepertinya,suatu hari saya bertanya kepada teman saya,bolehkah saya menjadi sepertinya,jawab teman yang baik hati “enti tidak boleh jadi dia,tapi enti boleh ambil semangat dia,enti terapkan akhlak seperti dia dalam diri enti, insyaallah,kita tetap diri kita” saya amat bersetuju dengan kata-kata teman saya itu.Seseorang itu tidak boleh menjadi orang lain,namun dia boleh mencontohi orang lain,kerana tiada yang lebih sempurna melainkan Allah, dan Rasulullah contoh terbaik, dan Kak Fatimah cuba mencontohi akhlak Rasulullah.

Pada Disember 2010 saat yang tidak mungkin saya lupakan kali pertama bertentang mata dengan insan kesayangan ramai ini, masjid putrajaya menjadi lokasi pertama pertemuan kami.

Kesimpulannya tidak salah meminati seseorang namun perlu menjaga batasan kerana dibimbangi cinta terhadap  manusia melebihi cinta kita kepada yang mencipta Allah s.w.t.. letakkan cinta Allah ditempat yang pertama, diikuti cinta terhadap Rasulullah, diikuti ibubapa dan seterusnya. Sekian .Wallahu’alam
Da’ie kesayangan mad’u ( ukhti fillah Fatimah Syarha Bt Nordin

                                     


Dicoret oleh Pencari Damai Abadi @ 01:42

Mendidik nafsu menyemai iman



                  Disebut oleh Para ulama’ dalam kitab Tasawwuf Nafsu itu ada 7  Peringkat



1.Nafsu Amarah – Yang menyuruh kepada Kejahatan

2. Nafsu Lawwamah – Suka mencela diri sendiri , tetapi mengulangi lagi kesilapan tersebut.

3. Nafsu Mulhimah-  Sentiasa mendorong melakukan kebaikan,dengan mujahadah yang bersungguh – sungguh.

4.Nafsu Mutmainnah – Nafsu yang tenang dan mendapat rahmat Allah melalui hasil latihan zikir dsb.

5.Nafsu Rodhiah – Yang memiliki semua sifat mahmudah

6.Nafsu Mardhiah – Nafsu yang di Redhai Allah, jiwa  sebati mengingati Allah

7.Nafsu Kamilah – Segala perbuatan  benar2 mengikut garis panduan yang diredai Allah.Cintanya hanya kepada Allah.

Iman Al-Ghazali menyebut dalam kitabnya “ Minhajul A’bidin “ bahawa penghalang ibadat ada empat iaitu

1.      Dunia dan seisinya

2.      Makhluk tuhan

3.      Syaitan

4.      Hawa nafsu






Teryata nafsu yang bersarang dalam kita amat berkuasa untuk menjauhkan diri kita daripada Allah S.W.T. Ia tidak sama dengan musuh yang 3 tadi yang boleh kita hindari kerana nafsu berada dalam diri kita .

Bagaimana kita nak mengindari nafsu, sudah tentu tidak boleh kerana nafsu merupakan penggerak manusia namun ada jalan yang boleh kita ambil agar nafsu tidak menguasai diri kita .

1.      Didik dan beri pengajaran dengan harapan dapat melakukan pekerjaan yang baik.

2.      Lemahkan dan tahan diri agar tidak terus –menerus menguasai kita.

Nafsu mesti dilawan dengan taqwa,dan kebaikan. Dalam kitab Minhajul A’bidin menyebut untuk mengalahkan nafsu terdapat 3 cara iaitu,

1.      Mengekang keinginan kerana binatang yang ganas akan lemah apabila dikurangkan pemakannya. Kita lihat sahaja Baginda Rasulullah mengamalkan berpuasa, kerana nafsu akan lemah, sebab itu Rasulullah berpesan kepada supaya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

2.      Dibebani dengan pelbagai ibadat kerana Keldai pun jika ditambah bebannya akan tunduk dan menurut sahaja

3.      Berdoa dan menurut sahaja.

Apabila nafsu dapat kita tundukkan maka iman kita akan selamat, kerana kita mengalahkan nafsu dan menggantikannya dengan taqwa, tiada apa yang lebih bernilai melainkan taqwa kepada Allah. Keimanan yang teguh menjanjikan pengakhiran yang baik dan balasan yang baik daripada Allah..Ibrahim Bin Adham memberi kita petua untuk menjadi orang yang soleh,

1.      Tutuplah pintu kesenangan dan bukalah pintu kesengsaraan

2.      Tutuplah pintu kesombongan dan bukalah pintu kerendahan.

3.      Tutuplah pintu bersantai dan bukalah pintu perjuangan.

4.      Tutuplah pintu tidur dan bukalah pintu terjaga

5.      Tutuplah pintu kekayaan dan bukalah pintu kemiskinan

6.      Tutuplah pintu harapan dan bukalah pintu persiapan menghadapi kematian.

Iman manusia sifatnya turun naik, jadi kita haruslah mengambil tindakan segera apabila kita mendapati ada tanda-tanda futur dalam diri kita. Antara langkah yang boleh kita ambil selain petua yang di beri oleh Ibrahim Bin Adham tadi ialah

1.      Banyakkan berdamping dengan al-Quran

2.      Banyakkan bersama dengan orang-orang soleh dan baik2

3.      Lazimi majlis ilmu

4.      Dan jadikan syurga itu sebagai inspirasi kita dalam mengejar cinta Allah.

5.      Jangan lupa berdoa, kerana doa itu senjata orang mukmin.


Sumber rujukan

1.     Minhajul A’bidin – Imam Al-Ghazali

2.     Majalah Fardu Ain Edisi Perdana

3.     Huraian Ihsan Dan Ilmu Tasawwuf- Ustaz Shamsul


Dicoret oleh Pencari Damai Abadi @ 01:27